Kepada Semua Usahawan HBSB yang Dihargai,
Dimaklumkan di bawah Syarat & Peraturan Pengedar di bahagian Pengesahan Kuasa Pengedaran sila ambil perhatian pada syarat-syarat berikut :-
" Sekiranya seseorang pengedar itu tidak membuat sebarang pembelian selama setahun (12 bulan) pengedar tersebut adalah tidak aktif dan taraf keahliannya akan tamat secara automatik. Seandainya mereka ingin aktif semula selepas setahun, mereka perlu memohon semula untuk menjadi ahli dan membayar yuran pendaftaran serta diberi kod ahli yang baru. Kod ahli yang lama dan rangkaian terdahulu akan terbatal sama sekali "
Nota :
Seseorang pengedar yang sedia ada akan ditamatkan keahliannya sekiranya beliau tidak membuat sebarang pembelian bermula pada 1hb April 2011 hingga 1hb Mac 2012. Syarat ini akan berterusan dan dilaksana berdasarkan kepada tarikh pendaftaran keahlian masing-masing.
Dengan demikian untuk mengelak daripada penamatan keahlian sila pastikan anda membuat belian dalam tempoh setahun.
Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Ibupejabat di talian 03-7984 7044 atau emel marketing@healthbuilders.com.my
Sekian dimaklumkan.
Pihak Pengurusan
No comments:
Post a Comment